Friday, November 6, 2009

The GoPro Hero:Hanya Untuk Yang Lasak



Jika anda seorang yang gemarkan aktiviti luar seperti berbasikal, rock climbing, bermain papan luncur, meluncur ombak, dan merempit, dan ingin merakam segala gaya-gaya luar biasa atau ingin menunjuk-nunjuk kehebatan anda kepada kawan-kawan anda, maka alat yang paling sesuai untuk anda melakukan semua itu ialah GoPro Hero.
GoPro Hero, kamera tahan lasak, mempunyai 5MP untuk gambar dan yang paling menarik sekali ialah video yang boleh dirakam samada dengan definisi biasa (standard definition) atau definisi tinggi (High Definition) -720p, 960p atau 1080p - dinaiktaraf dari keluaran lama. Jadi untuk rakaman,


Purata Masa Rakaman:
1080p: 12 min/GB
960p: 14 min/GB
720p: 16min/GB @30fps; 11 min/GB @ 60fps


blam surfing captured by gopro hero HD from Gizmodo on Vimeo.


Jangan risau, ia mempunyai slot SDHC untuk maksimum 32GB atau 6 jam masa rakaman. Selain itu, GoPro Hero boleh diletak (atau digam) pada mana-mana permukaan - pada papan luncur, helmet, sebelah sisi kereta - jadi anda tidak perlu memegangnya sepanjang masa. Ia juga kalis air, 100 kaki = 30 meter, ke dalam air. Bateri juga telah ditukar dari menggunakan bateri AAA pada keluaran lama kepada bateri 1100Mah 3.7 voltan yang boleh dicas semula. Harga juga berpatutan, 270USD = RM919. [Gizmodo]

No comments:

Post a Comment