Friday, October 23, 2009
Sony S-Frame DPP-F700
Sony S-Frame DPP-F700 adalah sebuah bingkai gambar digital dan juga sebuah pencetak.
Ia mempunyai 7-inci paparan skrin (800 x 480) dan mempunyai editor imej untuk mencetak gambar berukuran 4 x 6 inci dalam masa 45 saat. Editor imejnya termasuklah zoom, crop, brightness, contrast, hue, and sharpness adjustment. Kualiti gambarnya pula adalah 300 x 300 dpi. Gajet ini boleh diletakkan secara melintang, atau menegak dan ia akan mengubah kedudukan gambarnya secara automatik. Ruang sebanyak 1GB telah disediakan, dan selain itu gambar juga boleh dicetak dari PC, USB pen drive, SD, xD dan macam-macam lagi. Format gambar yang boleh dicetak ialah JPEG, TIFF dan BMP (tidak termasuk RAW). Cara penggunaannya juga mudah. Dengan menekan butang Screen Capture, anda sudah boleh mencetak gambar.
Sony S-Frame DPP-F700 akan dipasarkan pada Januari berharga RM677. [Sony]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment