Wednesday, October 21, 2009
Nook: Mustahil di Malaysia?
Barnes & Nobles telah melancarkan e-reader mereka sendiri iaitu Nook, dan dijangka akan mengalahkan saingan-saingan mereka yang telah lama memulakan trend ini, seperti Amazon Kindle, Sony Reader dan banyak lagi.
Ini adalah kerana mereka memperbanyakkan fungsi Nook seperti mempunyai 3G dan Wi-Fi, skrin kedua (kawal 2 skrin serentak), boleh dibaca di PC dan Mac, menyokong jpeg, dan memberi bateri tambahan.
Dan juga yang paling penting adalah harganya. $259USD = RM875, ia menawarkan harga yang sama seperti Kindle 2. Klik sini untuk melihat perbandingan di antara Nook yang bakal popular dan juga Kindle yang sudah popular.
Jadi, jika dilihat pada perbandingan ini, Nook menggunakan skrin sesentuh, rupa yang cool dan menawan, mempunyai 3G dan Wi-Fi (bacaan percuma di stor mereka), mempunyai slot Micro SD sehingga 16GB, sokongan PDF, sokongan iPhone, iPod, BlackBerry, PC dan Mac, dan lain-lain lagi. Tetapi, mereka juga mempunyai kelemahan seperti tidak menyokong format Word atau .doc, dan hayat bateri cuma 10 hari berbanding Kindle selama 14 hari.Sememangnya ini memberi kelebihan kepada Nook untuk menarik minat para peminat buku untuk memilih gajet ini sebagai teman baik.
Ini juga termasuklah peminat-peminat buku di Malaysia. Mereka pasti tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti arus pemodenan oembacaan buku. Gajet e-reader seperti ini juga telah mengubah trend pembacaan buku dan persepsi di kalangan orang-orang yang tidak atau jarang membaca buku, dan yang telah lama tidak membaca. Minat pasti timbul untuk memiliki gajet seperti ini, sekurang-kurangnya dapat menunjuk-nunjuk depan orang ramai bahawa mereka tidak tertinggal di belakang.
Namun, kemudahan untuk memilikinya sudah pasti amat sukar di Malaysia. Dengan kekurangan minat yang mendalam untuk membaca di kalangan rakyat Malaysia pada masa kini, dan juga jualan buku yang sederhana sepanjang tahun (kerana buku yang diimport agak mahal), amat sukar untuk penjual-penjual gajet ini akan memasarkan produk mereka. Ditambah pula dengan harga produk yang mahal, mereka tahu produk mereka tidak akan mendapat sambutan yang menggalakkan di sini.Tambahan pula, seperti Kindle, walaupun Malaysia mempunyai Amazon Malaysia, gajet ini terpaksa dibeli di Amerika Syarikat. Inikan pula Barnes and Nobles langsung tidak mempunyai cawangan di Malaysia.
Jadi, peminat-peminat buku di Malaysia yang inginkan juga e-reader seperti ini, mereka terpaksa melalui pelbagai peringkat atau cara untuk mendapatkannya, dan ianya bukanlah mudah. Cuma sesetengah mereka yang sanggup (berbelanja besar) akan memperolehinya. Dan yang tidak sanggup terpaksa melupakan hasrat mereka.
Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa Nook dari Barnes and Nobles mungkin tidak akan 'menjejakkan kaki' di Malaysia. Sepatutnya ini tidak berlaku kerana dengan teknologi Internet kini, mereka dapat mengembangkan sayap mereka di kawasan-kawasan yang sebelum ini mustahil mmereka jejaki. Maksudnya, jika mereka tidak dapat menubuhkan cawangan atau stor di alam nyata, mereka boleh melakukannya di alam siber. Diharap Apple tidak akan melakukan langkah yang sama apabila memasarkan gajet e-reader mereka kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment