Wednesday, October 28, 2009

Motorola Droid




Walaupun cuma HTC Malaysia dan Celcom yang akan membawa teknologi Android 2.0 ke Malaysia dengan mempasarkan smartphone HTC Magic dan Hero, kemungkinan Motorola akan melakukan perkara yang sama.
Ini adalah kerana Motorola adalah jenama yang terkenal di Malaysia dan dengan pengenalan smartphone ini, Motorola Droid pasti akan laku seperti 'pisang goreng'.



Motorola Droid merupakan gajet pertama yang mula-mula keluar yang telah dilengkapi dengan Android 2.0. Ia juga dilengkapi dengan Google Maps Navigation. Selain itu, antara spesifikasi Droid yang lain adalah seperti prosessor ARM Cortex A8, skrin sentuh berukuran 3.7 inci dan resolusi 480x854, kamera 5 MP beserta lampu flash dual-LED, Bluetooth, GPS, keyboard slide, 16GB SD Card, dan lain-lain lagi.



Yang menariknya, Droid ini dikatakan dapat menandingi iPhone sambil ia mewar-warkan iklan iDont, di bawah:

No comments:

Post a Comment